Ƭнɛ αиα'ƨ σғғιcιαℓ βℓσɢ. Ƭнɛ αиα'ƨ σғғιcιαℓ βℓσɢ.: 2015

Wednesday, December 23, 2015

STALKER WANASEOBY?!!!!


Assalamualaikum semua. Haa, blog nampak freshhh kan uolls ? Aku decide aku nak touch up blog aku yang dulu tu nampak agak selekeh, tak ada seri tu ( Walaupun sebenarnya okay je , ngade je lebih aku ni, ish! ) and aku berpuas hati sebab blog ni so simple but still cute. I love simple stuff!

Okay la, aku rasa aku kena ngaku something. Aku ni sebenarnya stalker sejati WANASOEBY. We are in a same age, but aku peminat setia dia. More to a stalker i think. Aku suka cara dia modify blog dia jadi satu blog yang nampak gempak sangat-sangat. And setiap kali dia ubah blog dia, aku pun rasa nak ubah juga. Bukan setakat tu, ngada pulak nak sama dengan blog dia. Sorry Wana.:'(



Takde la copy 100% . Sikit jela. Tapi aku memang suka blog dia. Aku rekomen selalu la datang jenguk blog dia tu. Aku ni pun kadang-kadang 2-3kali ushar blog dia. Talk about a serious stalker! So, kepada Wana, maaf sebab selalu sangat ikut blog awak tu ( Senyum sikit, nak tengok comel ke tak ) Hahaa, tak boleh kawal nafsu jahat ni. If you don't like it, i can change it right away >.<

Kenapa aku suka sangat dengan blog Wana ni. Haa, cer usha sekejap blog dia and you will the nice feeling you got. Cara penggunaan warna untuk blog tu. So well combine . Aku takde la copy sangat but just for the references. Aku ni kira baru juga la edit semua bagai. Not so pro. So, mohon jangan hentam saya ye. Heheh.

Lastly, your my hero Wana. Kipidup! :D

Adios,
Assalamualaikum.

THANKS FOR STOPPING BY! :)

Friday, December 04, 2015

NAK LUAHKAN SEMUA JAP

Assalamualaikum semua,

Dah seminggu aku start kelas and mood belajar tu dah mula datang sikit demi sikit. Sikit jela, tak banyak pun. Hehehe..... Mohon sape-sape je tolong simbahkan air kat aku, bagi kasik sedarr sikit aku ni dah masuk semestar 4 and its time to get serious merious! >.<


Bila cakap pasal semester 4 ni, orang mesti terkejut kenapa tak pergi Latihan Industri ( LI ) , well, course seni bina dah tukar LI daripada sem 4 kepada sem 6 . Yela, bila kita nak hantar budak pi LI, takkan nak hantar budak yang tk cukup ilmu lagi at least biar hantar yang banyak sikit pengetahuan, nanti bila orang tanya itu ini boleh je jawab. Sebab tu LI kami pada sem 6 :D

Okay, cerita pasal rumah sewa pulak ,Balik haritu, nampak muka-muka baru kat rumah sewa ni. Suka? No way, dah seminggu kat sini and aku tak bertegur pun dengan dorang. Sejak ada kenangan "manis" dengan salah satu ex housemate aku sem lepas, aku jadi tak bertegur dengan mereka semua ni. kenapa? Cari pasal dengan sorang je, terus macam cari pasal dengan satu rumah. Dehel! Susah cari pasal dengan orang yang banyak geng ni. Weekk! Bukan sombong, taknak rasa terluka lagi. sobss, hati aku ni dah la selembut tisu. Eceh!

Btw, aku nak share sikit la gambar-gambar cousin aku kawin haritu. Ni dah dua kali dapat merasa pergi cousin sendiri kawin. Yang first tu masa kecik-kecik yang tak reti kesat hingus lagi. Sekarang dah besar, gi sendiri je. Dah besorr kan?




Ni semua sedara belah ayah aku. Famili aku semuanya tak dapat datang kenduri belah perempuan ni, sebab adik lelaki aku ada exam SPM and ayah aku kena jaga budak-budak SPM. For your information, masa ni aku nak balik Poli dah , so alang-alang baik gi sekejap kenduri ni kan? Kenduri belah pompuan buat kat Ampang . Stress jugak ah kalau duduk Ampang, dengan jalan yang Jem tu and barang-barang mahal cekik darah, sanggup aku duduk kat Johor tu. Budak ampang, any comment?


So, that is all. I wonder ada ke tak yang baca entry aku ni. Hahah, in fact, blog aku ni memang tak menarik mana pun. Pada sesiapa yang baca sampai ayat yang terakhir ni, cer comment sikit yang bawah tu :p

See ya,bebeh.

Yang tengah menaip,
Raihana Ramlan










THANKS FOR STOPPING BY! :)

Tuesday, November 24, 2015

" AKU NAK MENGALAH KE? "

Assalamualaikum semua,

Haih, entah kenapa rasa down sangat-sangat sejak kebelakangan ni, nak kata putus cintaq tak juga , gaduh tarik rambut dengan bestfriend tak juga , berebut harta dengan sedara sendiri pun bukan . Tak sangka satu pertandingan mampu buat aku rasa down, rasa fruss menonggeng ( dengan cara yang sopan ) and rasa nak nangis banjir satu bandar ni. Hahah, okay obviously nampak over.


Sebagai seorang pelajar arkitek , aku rasa rugi sangat-sangat tak join competition ni , since takdela susah melebihi tahap aku. Competition ni bukan under poli and semua pelajar boleh join , maksud semua pelajar which means diploma , ijazah , master etc. And aku ni cuma budak politeknik yang baru je nak masuk semester 4 . Aku belum cukup pengalaman and belum banyak ilmu kt dada lagi. So how to win this one ??? T_T

Fruss la wehh! Tengok la hadiah dia! Kemain banyak , boleh support hidup aku setahun, right? Since the prize is that great, eventually people will get interested kan? Peluang tipis! Sobss.

" Aku nak mengalah ? "

Terdetik rasa nak mengalah, tapi rasa rugi sebab aku nak cuba biasakan diri hadapi cabaran yang besar macam ni. Kenapa? Dunia tak sesenang apa yang kita bayangkan. Makin lama makin susah. And hopefully aku akan latih diri jadi lagi berani nak buat benda yang aku cuba nak elakkan. So, no way la aku nak mengalah , aku cuba try walaupun cuma harapan palsu, and benda ni akan jadi memory yang sweet sangat sebab aku dah try sedaya upaya. Hehe, penat tau tak perah otak bagi kasik idea tu kuaq , tu pun merapu je design aku buat . Hahaa

New life goals!

Tinggal beberapa hari je deadline competition tu, and khamis ni aku nak kena gerak selangor . Minggu depan aku nak mula semester baru , and a new journey of life. Fuuu~

Bismillahirahmanirahim.

Yang benar,
Raihana Ramlan.


THANKS FOR STOPPING BY! :)

Friday, November 20, 2015

ALHAMDULILLAH, POINTER NAIK!

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar sem lepas. I'm not expecting to see the great result , but it feels so great. Thanks to Allah :')


Semester 3 yang lepas, i manage to get AKJ ( Anugerah Ketua Jabatan ) , kalau kat Universiti panggil anugerah DEKAN , tapi kat politeknik kami panggil AKJ . Tapi HPNM aku still lagi weak. Aku kena betul-betul catch up semester depan. Insya-Allah dapat lagi result sebaik ini sem depan. :')

Bila imbas balik semester depan , memang susah sangat-sangat , and many kind of thing i had face, but despite all the hard things, i had so much fun. Tu semua adalah satu kenangan manis yang aku nak ingat sampai bila-bila. Yelah, usia mematangkan kita. Right?

And bila tengok balik result aku ni, semangat belajar aku naik 100% , yup bukan mudah untuk course aku dapat pointer atas 3.50 , bagi aku orang-orang bertuah tu memang aku selalu respect , and aku tak sangka mampu jadi orang-orang bertuah tu. Ni terbukti kalau kita selalu tanam benda positif kat dalam otak kita, rajinkan diri buat kerja and push diri untuk berjaya , actually kita akan berjaya one day. aku tulis entry ni , bila aku dah besar nanti, and tetiba rasa down dengan hidup , aku harap aku dapat naikkan semangat aku bila baca balik entry ni. Haahaha.

Anyways , minggu depan dah nak kena balik Selangor, nanti rindu nak cium bantal busuk kat rumah ni, and rindu nak peluk mak, picit mak semua tu. sobss.

Selagi mampu, nak buat semuanya sebelum balik. Heheh :D

Yang benar,
RAIHANA RAMLAN
THANKS FOR STOPPING BY! :)

Tuesday, November 17, 2015

MISS MORTAR HAND WAX REVIEW

HI :3

Lepas review MONOMOLA LIP TATOO FAKE VS ORIGINAL, terkejut juga ah bila ramai yang berminat dengan review tu. So, i came out with another product review.

As for today, i nak review berkenaan MISS MOTER HAND WAX. Kalau korang tengok kat instagram , or twitter or google or anything elsa la, you must wonder benda ni berkesan or not kan? Haa here i am ~

P/s: Every information in this entry and basically from me and my sister's review. :D



Product ini dikenali sebagai product yang dikatakan berkesan membuang daki dan kulit mati dan mencerahkan kulit yang gelap. Product ni berat 200gram and packaging dia sangat comel :D

FUNGSI UTAMA :

-Kelembapan.
-Dapat putihkan kulit yang gelap.
-Exfoliating.
-Suburkan kulit
-Tanggalkan sel-sel mati.
-Menjana semula sel-sel k
ulit.
-Suburkan kulit.
-Buang daki.

Cara guna ? Meh nak tunjuk sikit~



  1. First of all , basuh dulu tangan/kaki, make sure they clean before put it on.
  2. Sapu product dekat tempat yang diinginkan.
  3. Tunggu kering ye guys. 
  4. Dalam 30 minit macamtu, bila dah kering sepenuhnya,cabut perlahan-lahan.
  5. Basuh tangan .
  6. Done.

RESULT?

i sendiri dah test kat tangan i bersama-sama adik i and you can see a little bit of the result.


This is what i want to review about this product. it is not showing much result. Sangat-sangat sakit bila nak peel of product tu. Also, sebulan try and nothing really improve. Tapi i suka packaging dia, so great and cute.

So dissapointed because i really am looking forward to this product, not sure la i ni tak pandai guna or really not patient or something else.But, i really hate spending money over something that not worth.

Can someone help me?

So okay, just in case anthing on this entry ada tersalah info ke apa, be sure to inform kay? This is strictly base on my opinion and the result on my skin. Hope you alls understand.

Your pal,
RAIHANA RAMLAN





THANKS FOR STOPPING BY! :)

Saturday, July 11, 2015

NUTELLA FILLED CHOCOLATE CHIP RECIPE.


Assalamualaikum semua,
Harini aku nak share satu recipe biskut yang sesuai hidang untuk raya yang will be coming soon next week, and its really look delicious! :/



The ingredient :-

220g unsalted butter , softened ( 1cup )
¾ cup of brown sugar,packed
1cup of white sugar/granited sugar
2eggs
1 tsp of vanilla
3½  cups of plain flour
1½  tsp of salt
1 tsp of baking soda
1½  cup of chocolate cips
1jar of nutella or any other kind of jam :)

Method :-

1. Preheat oven kepada 180 C dan doublekan 3 trays dengan baking paper.

2. Guna electric mixer , campurkan butter , gula merah dan gula  . Tambah telur satu persatu, sebatikan dengan baik, then , tambah vanilla.

3. Tukarkan mixer kepada "low speed" sebab kita akan letak tepung , garam dan baking soda , campurkan semua sehingga semuanya sebati. Akhirnya , masukkan chocolate chips.

4. Guna cookie scoop atau ice-cream scoop , ambil dough tu dan letak ke tangan. penyekkan sehingga menjadi leper. Letak nutella ataupun jem lain di tengah-tengah dough tu , dan bentukkan dough tu menjadi bulat. Pastikan nutella tu tertutup untuk mengelakkan daripada terkeluar bila masak nanti

5. Masukkan dalam oven dan bakar selama 10 minutes , sehingga cookie tu menjadi keemasan .

6.Hidang :D


Tak paham penerangan kat atas tu? Meh tengok youtube kat bawah ni



THANKS FOR STOPPING BY! :)

Monday, June 22, 2015

FIRST DAY CLASS.


Assalamualaikum,
Harini ialah First Day Class setelah sekian lama duduk terperap kat bilik doing nothing tu. Khamis minggu lepas gerak ke Selangor and sampai sini hari Jumaat. Sedih kan? Orang happy je berbuka kat rumah dengan family setiap hari, aku ni haa cuma merasa berbuka dengan family aku 2hari je. Okay la daripada tak ada langsung , right?

First Day Class untuk sem 3 tak ada la interesting mana macam sem 1 dulu. Kalau sem 1 tu kemain extream happy tu, setiap hari eksited nak pergi kelas, sekarang dah masuk sem 3, maaflah , memang dah mula pancit 'kerajinan' aku nak belajar. Kenapa raihana kenapa? Sepatutnya waktu tengah student la ni ialah zaman kegemilangan sesetengah student. :p

By The Way, orang lain masa first class biasanya akan buat acah-acah ice breaking with the new lectureer. Kami? Kami ni siap ada Pre-Test tau tak! Dengar cerita kelas kami ni akan dibahagikan for 2group, maybe the worst and the best , i guess . Tapi aku memang rasa tak selesa dengan pembahagian group macam ni, but redha saja la kan, takkan nak buat banner boikot Lectureer lak kan :D

Pre-Test 2 Jam , credit to our lectureer , Puan Asma sempat snap satu gambar sewaktu kami semua tengah test. Sayang puan angat-angat :*



Aku pakai tudung warna merah tu, nampak tak ! nampak tak! Anyway, dah masuk 3hari aku stay rumah sewa ni and still akward with all these people. Aku tak kenal sangat semua housemate aku sebab semua berlainan Course. Tapi takpe, belum fit in lagi. Lama-lama okay la kan?

Ohh, nak tunjuk sedikit part of my house. Just for fun :D

Rumah ni muat for 11 people include me. Rumah ni baru je buat and we are first one who get to stay this house. Rekaan macam dalam dorm and feels like staying in dorms. Teringat dulu masa aku duduk asrama, macam ni juga la perasaan dia. Katil aku yang dekat dengan rak tu, *terpaksa ambil tempat tu sebab tak ada katil kosong dah*

Finally, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. Jangan ponteng puasa ye uolls. Berdosa!

Yang banyak cakap,
RAIHANA RAMLAN
THANKS FOR STOPPING BY! :)

Sunday, June 14, 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK FATIN LIYANA & DR.ANWAR FAZAL


Assalamualaikum semua,
Ya-Allah,serious terkejut bila scroll gambar-gambar kat Instagram terus nampak  gambar perkahwinan DR.FATIN LIYANA or Kakpatin AND DR. ANWAR FAZAL.

**CREDIT GAMBAR DI INSTAGRAM  DR.AFL ,



Bohong ah kalau ada yang tak kenal kakpatin kita kan? Dia blogger yang palinggg cute and so sporting. And most importantly, she is my role model . Suka baca Blog kak Fatin, and aku follow semua entry ni, balik je rumah bila cuti, benda yang paling aku suka ialah belek-belek semua entry-entry lama dia yang aku tak sempat pun nak baca ( sebab line tak laju kat Politeknik tu ) . Mula-mula kat rumah sewa , housemate aku sempat bagitau yang dia dah bertunang. Fuuu, memang terkejut juga ah, sebab first of all, dahlama dah tak follow entry dia ( sedih, sobsosbosbss ) , second , rasanya haritu last dengar dia jadi houseman, third , bila dorang couple??? Semua tu buat aku terkejut, really.
Tapi kalau dah jodoh takkan kemana-mana.


Instagram media dr.afl - Majlis pernikahan Dr. Fatin Liyana & Dr. 
Anwar Fazal

Official Liveupdate  Photographer : @maroonproduction
Official Videographer : @pelangiputihfilms
Liveupdate OP&OV FB : @thecreativo

Makeup by: @_ewar
Hantaran by : @noivabloomers
Dais & deco : @naoerainsweddinghouse
Wedding dress : @ejashahril
Handbouquet : @florabywawa

#aflwedding
Alhamdulillah, pada 13 JUNE 2015 bersamaan 25 SHAABAN 1436 , kak Fatin Liyana dan Dr.AF diijabkabulkan. Lega rasanya, sebab aku sentiasa jadi peminat setia dia. Rasa nak nangis pun ada juga, tak main!

Majlis perkahwinan kak fatin dan Dr. Af is really simple yet elegent. Baju pun tak melampau sangat pun, warna semuanya simple and tak memantul. Tak ketat nampak sana sini and suit for them.

Barang hantaran, ehemmm.. toksah citer la ye pasal ni, mohon semua tengok sendiri gambar di Instagram dorang ye. :D




Instagram media dr.afl - Majlis Resepsi Dr. Fatin Liyana & Dr. 
Anwar Fazal

Official Liveupdate  Photographer : @maroonproduction
Official Videographer : @pelangiputihfilms
Liveupdate OP&OV FB : @thecreativo

Makeup by: @ejashahril 
Hantaran by : @noivabloomers
Dais & deco : @naoerainsweddinghouse
Wedding dress : @ejashahril
Handbouquet : @florabywawa
Photobox by : @photoboxbooth 
#aflwedding

Aucakk, kak Fatin nampak comel, nak jadi pengapit boleh tak? >.<

For make up kak Fatin, really simple and tak tebal macam tepung. Memang nampak natural beauty with a little of makeup, make her looks really beautiful. Nice. ok jelous!

Anyway, semoga kak fatin dan dr.Af sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat. Dr.af make sure jaga Kakpatin baik-baik. In Sha Allah, aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dorang. Amin.

Yang tengah bahagia,
RAIHANA RAMLAN.
THANKS FOR STOPPING BY! :)

Saturday, June 13, 2015

MAYBANK2U FAKE?


Assalamualaikum semua,
Tadi macam biasa waktu hari sabtu and ahad aku memang akan transfer duit guna Maybank2U kepada Boss aku untuk duit Casing Phone. Tapi harini ni memang lain sikit. Aku cuak boleh tahan dalam 30 minit macam tu juga ahh, macam kucing hilang anak macam tu.



For those yang memang dah biasa guna Maybank2U akan tau yang pihak Maybank2U akan hantar mesej untuk nombor TAC. Aku buat macam biasa, dengan teliti sebab ni berkenaan dengan duit orang right? Lepas je aku dah habis settlekan Transfer tu , aku buka la mesej yang Maybank2U tu bagi tadi, masa tu la aku sedar something. Biasanya kalau maybank2U akan bagi mesej nombor menggunakan 66628 tapi kali ni nombo yang lain keluar. Nombo dia panjang sikit and depan dia ada tulis +9*********. Siapa tak cuak oo kalau jadi problem macam ni.

So, aku check la balik betul ke tak Page Maybank2U yang aku buka tadi. Memang betul pun aku buka page yang betul. Alhamdulillah. So, tanpa buang masa aku dail nombor Maybank Center and tanya .

Macam ni perbualan aku dengan pekerja tu.

"Assalamualaikum, Encik. Saya nak tanya berkenaan dengan Maybank2U. Tadi saya hantar Nombor TAC, tapi yang bagi mesej tu nombor yang lain, bukan nombor yang biasa bagi mesej "
"Puan guna Maxis ke? Sebab maxis ada problem dengan line. So, kalau ada problem macam ni, kami akan hantar mesej dengan nombor backup kami"
"Ohyeke, so memang tak ada problem ye dengan nombor dan mesej tu?"
"Ye, tiada ,cik manis " ( ok ni memang saja nak tambah, hahaaa.. )


Yes , perasaan lega tu memang ada .Alhamdulillah . Semoga tak ada problem jadi yang boleh menimbulkan masalah yang teruk. Amin :)

Sekian,
RAIHANA RAMLAN.


THANKS FOR STOPPING BY! :)

Friday, June 12, 2015

CHECKLIST SEBELUM BALIK POLITEKNIK


Assalamualaikum semua,
customers always right? Aku cuba nak pegang kepada ayat ni, but i don't think i can really do that. Memang la bila kita bisness, kita kena sentiasa patience and calm, walaupun dorang makin hamun kita ke apa kan? That's the first rule to be a successful bisnesswoman. Aku cuba nak buang perangai aku yang fikir 'always right' ni. Aku perlu calm and terima sahaja semua bala yang menimpa aku. Sometimes problem yang menduga kat kita ni pasti ada hikmah or pengajaran and i attempt to accept that. Ecehh, this is so not me. Kalau aku yang dulu , sorry to say aku akan maki hamun jampi serapah semua aku dah hembuih dah. But, not todayy and will not in the future.:D


BTW, Minggu depan dah nak balik Selangor and aku taktau la perasaan aku ni macam mana. Aku taktau nak hidup macam mana lagi, or jadi diri aku yang macam mana lagi. or aku patut jadi macam mana. Okay semua ni sama je maknanya kan? :p

So i make a checklist just to ensure that everything will be okay :-


  • Baju and yang lain ( ni belum kemas lagi, lek luu.. )
  • Barang untuk ke kelas ( ni dah 50% settle )
  • Barang rumah sewa ( urm, kalau nak fikir nanti je boleh? HEHE )
  • Kasut ( haaa, tak cukup duit nak beli kasut baru ..sobsssobbss )
  • Transport gi kelas ( belum fikir lagi, maybe basikal sebijik ke apa, wait and see )
  • Duit.. haa ni yang aku paling malas nak pikir. Damn.
  • Pakwe.. err, no comment :D
  • Settlekan berkenaan dengan rumah aku ( Coming soon. )
  • Beg. Baru je beli tadi. YES!
  • Laptop, ( kena dowload mana yang patut )
  • Jumpa kawan lama, insya-Allah :D
  • Spend time mana yang mampu dengan nenek. ( Tengah usahakan )
  • Cari baju baru. Eeeerrr, perlu ke tak ni eh?
  • Makan sebanyak mana yang aku kena! Haaa, ni memang wajiib :p
  • cari charger baru. 
  • Jahit baju aku yang koyak, Ni kena buat!
So far, ni checklist yang aku kena buat. In Sha Allah aku settlekan secepat yang mungkin sebelum balik sana. Amin~



THANKS FOR STOPPING BY! :)

Monday, June 08, 2015

GIVEAWAY JUN 2015 OLEH BICARA MUMMY

Giveaway 2015, Jun 2015, Bicara Mummy

GIVEAWAY JUN 2015 OLEH BICARA MUMMY

Sempena bulan ulang tahun perkahwinan ke 3 tahun kami. 

Kami mengadakan simple giveaway yang mudah untuk di menangi. Hanya ikuti syarat Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy :

1) Buat satu blogpost entri 'Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '

2) Follow / Add :

3. Tinggalkan komen di sini



SENARAI HADIAH :


Wang Tunai RM5 + Slazenger All In One World Wide Universal Adaptor x 1 pemenang 

Wang Tunai RM5 + Tudung Bawal Satin x 1 pemenang


Tudung Bawal Gucci x 1 pemenang


RM10 (wang tunai) x 4 pemenang

Perfume tanpa alkohol yang mampu bertahan 4-5 jam x 1 pemenang

TARIKH GIVEAWAY :
5 JUN  2015 ~ 14 JUN 2015 (11.59 MALAM)



PENGUMUMAN PEMENANG:
19 JUN 2015
JAM : 3 PETANG 

Pemenang akan di pilih melalui random.org dan juga yag telah memenuhi kriteria yang di tetapkan. Semoga berjaya dan terima kasih kerana menyertai  ''Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '





THANKS FOR STOPPING BY! :)

Thursday, June 04, 2015

MONOMOLA LIP TATOO FAKE VS ORIGINAL


Assalamualaikum,
As for today, aku tertarik untuk review satu product yang aku sendiri dah try!
Korang mesti pernah tengok product ni kat instagram. Bersepah orang jual, tapi persoalannya product tu fake or orginal..?

Orait, This product is called Monomola Lip Tattoo . Aku beli warna Lovely Peach . Aku try test banyak kali and the result is pretty much the same. Terdetik hati aku untuk google tengok fake ke tak product aku ni, yeay, dah beli baru nak check fake or not, macam apa je kan?

Ni aku beli kat Instagram. So, aku nak bagi warning kepada sesiapa yang suka beli online, tak semua benda yang kita purchase adalah barang yang original. So, be extra careful okay?

Bila aku google nak check original ke tak, aku baru dapat tau yang aku ni memang FAKE. Jom kita tengok apa perbezaan FAKE and ORIGINAL.
      



Gambar kiri ialah yang original punya and sebelah kanan pula aku beli kat Instagram. Tengok warna kotak pun dah tunjuk perbezaan Original ke tak! Memang terkejut. Aku beli dengan harga RM16 include postage and actually harga asalnya ialah lagi mahal daripada tu kerana product ni jenis export. Kalau nak beli, you really have to survey first. Jangan nak kritics product tu mahal. Kena pikir pasal banyak benda. Benda tu export daripada luar negara and the shipping price are really expensive.

Kita cakap pasal texture product ni pula,


Ni texture yang fake.


Ni texture yang orginal.

Memang ada beza sebab yang fake punya lagi cair daripada yang original. Aku dah try kat tangan and the result memang tak tunjuk apa-apa langsung. While the original one akan kelihatan warna pinkish, Lovely pink memang warna pink soft macam tu. 

The result using this product..? Mesti la nak tengok result dia kan? Haa, part ni aku memang tak boleh tunjuk. Banyak kali aku pakai and the result memang mengecewakan. Bibir aku akan menggelupas and sampai satu tahap bibir aku berdarah teruk. Seminggu juga la rasa kesan dia tu. So insaf taknak try dah. Instead kalau nak tengok result yang original punya boleh usha blog dia ni haa > REVIEW MONOMOLA LIP TATOO

Little fact about this product. 

Product ni develop first kat China and diikuti oleh Korea. Dua-dua product ni memang selamat kalau nak guna, as long as korang beli yang original. Boleh buka link bawah ni kalau nak beli yang original., tapi kena la paham bahasa Cina and Korea. Hehee.


Lastly, jangan percaya sangat dengan product beauty kat Instagram or any website tanpa tahu condition product ni. Better if korang beli sendiri kat kedai yang dijamin quality product tu. Peace!

Sekian,

Yang memakai barang ni,
Raihana Ramlan.



THANKS FOR STOPPING BY! :)

THE NEW FACE FOR MY BLOG



Assalamualaikum,
Finally kali ni aku memang puas hati dengan how my blog looks like. YEAYH! And for the first time aku buat sendiri my own header. Haaa, hangpa semua jangan nilai tangan kayu ni tak mampu buat header sendiri ye. For this design, aku decide to make it as simple as i can. Taknak lah over sangat dengan blog aku ni, takut tak ada orang pun yang sudi nak singgah, sobs sobs....


I am still working on my blog. Biar bagi kebabom sikit kan? Tak ada nanti korang masuk blog aku ni, like saying '  What the, kenapa la dengan blog BEAUTIFUL ME  ni , semak ok semak ' Ohh, memang sentap dengan ayat macam tu. Hati aku ni memang tisu sikit. 

Btw, ada beberapa blog yang aku nak sangat buat review , for some reason dorang ni menarik minat aku dari segi mental, mental sahaja okay :D

Cuti sem pun dah nak habis and i have to think about the yuran and all the stuff. Tak sabar juga la nak start balik class. Things are get really boring here, especially when you don't have nothing to do right?


Anyway, sesiapa yang follows blog ni jangan lupa lak untuk leave some footprint, nanti aku akan follow korang balik. :D

Anyway, i should go to sleep right now, see ya when i see ya .


Sekian,
Assalamualaikum. 


THANKS FOR STOPPING BY! :)

Wednesday, June 03, 2015

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

Assalamualaikum

http://www.azhafizah.com/2015/06/giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom.html

TEMPOH GIVEAWAY BERLANGSUNG SELAMA 3MINGGU 3HARI
2 JUNE 2015 ( 12.OO MALAM ) -  26 JUNE 2015 ( 11.59 MALAM )

13 PEMENANG DICARI :)


CLICK BANNER UNTUK JOIN!!!

THANKS FOR STOPPING BY! :)

Tuesday, June 02, 2015

Customers mengamuk??!!

Assalamualaikum semua.

Baru sempat merasa katil yang empuk ni! Dari pagi tadi bangun awal daripada biasa and pergi hantar nenek buat check up. Yeayh, nenek kan tengah sakit strok and she needs a lot of support from us. So, 2makcik aku with abang and ayah aku yang pergi. Aku pun ikut juga la, tu wajib! Hehe Damn, penat tu sudah semestinya tapi you know what. I like doing it. Dia nenek yang paling terbaik aku ada and akan sentiasa menjadi nenek yang paling the best in my entire life. Peace. Dulu dia yang jaga aku and now aku la patut jaga dia pulak! 

Anyway, benda yang paling pantang ialah bila kita tengah penat, macam-macam hal terjadi. Kawan baik aku whatsapp aku bagitau yang Customer mengamuk tak sampai barang lagi. Hmmmm.....!

Customers kita memang kena layan walaupun perangai them olls ni 'lain' sikit. Tak percaya tu la , ni laa.. Banyak kerenah, semua nak perfect tapi minta harga less. Errrrr! btw, back to the story, Aku ada jual casing phone, boleh baca yang ni -------> STORY BEHIND MY BISNESS Let me tell you, setiap kali aku jual casing phone, aku akan bagitau kat semua customers aku yang barang akan siap and sampai dalam masa 3 minggu. Kalau dorang nak mengamuk kalau barang tak sampai-sampai lagi selepas 3 minggu, haa tu boleh nak baling meja kerusi buku baju whatsoever, the point is please jangan marah kalau tak sampai  3 minggu pun lagi tapi korang dah meroyan nak casing phone , nak ugut pulangkan duit. Jangan nak salahkan aku, salahkan diri sendiri. :)

Aku ni bukan nak tipu then curi bawa lari duit orang, Aku tengah cari duit halal ni. Jangan layan aku macam ni. Ni first time aku betul-betul semangat nak jalankan bissness dengan serious. Jangan sebabkan korang, aku akan layan semua customers aku dengan tegas. 


Well, i need to move on and belajar untuk teguhkan semangat aku. Ni ujian untuk aku and aku patut hadap dengan kuatkan diri aku ni haa. Its time to learn what the real world means to me!!!!

Wish me luck,
RAIHANA RAMLAN



THANKS FOR STOPPING BY! :)

Saturday, May 30, 2015

STORY BEHIND MY BISNESS :)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, bisness going smooth right now, ramai yang mula bertanya tentang casing phone and harga iphone. That's a great thing for me actually. Duduk kat rumah tak bergaji, its really hard for me. Yela, duit takkan jatuh dengan sendiri kan? Siapa usaha lebih dia yang akan berjaya. Itu janji Allah. 

For your information , aku ni just dropship saja. Tapi dropship yang bertauliah. Hihi . Aku bukan sahaja cuma promote casing phone , instead aku juga la yang edit gambar semua tu. Boss aku tak buat service macam tu. Aku pun terfikir '' Why not kau penuhi permintaan customers. ''. And aku hanya akan letak harga yang murah sahaja. Biasanya aku hanya ambil untung rm5-rm10 je. Aku akan buat yang termampu untuk bagi kepuasan kepada customers aku. Aku tau ramai yang minta discount, and if i can, aku akan sentiasa turunkan harga casing phone tu. :D

PROBLEM DENGAN PERNIAGAAN?

Haa , bisness is not something that is easy, petik jari terus ramai nak order. Lagi-lagi bisnesswoman yang baru nak masuk dunia 'bisness' ni. Kadang-kadang ada customer yang nak design pelik-pelik, but itsokey, selagi aku mampu tolong, aku akan buat. About money, well.. Ramai juga yang minta harga diturunkan, actually harga yang aku dah bagi tu memang dah betul-betul murah. For example IPHONE. uolls rasa iphone pernah tak jatuh harga? Haa, kalau nak murah apa kata beli yang klon tu. Memang murah takpayah cerita la. :D

AKU JUAL APA?



Guys, aku nak promote INSTASHOP AKU!! Support support support!!!! 

This is my instashop. Baru je buka dalam minggu lepas , so nak minta support yang ada instagram tu . Hehe, boleh la, please??? *Buat muka comell *

Aku jual Casing phone and Iphone. All kind of casing phone and iphone. Custom made casing phone tu uolls yang pilih design sendiri. Nak letak muka selfie uolls pun boleh, No problem. ;) 

Owner instashop ni ofkos la myself. Very trusted seller, kalau ada any problem , whatsapp 0177004729 / wechat raihanaramlan . Aku cuma nak duit halal and dapatkan duit saku sendiri. Yela, sampai bila kan kita nak bergantung pada family kita. Sometimes , kita kena step up and do it by ourself. That way, kita akan jadi matang and know what the world we are facing right now :)




UNTUNG?

Well, basically tak banyak pun dapat tapi alhamdulillah, aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku dapat. Aku takkan merungut and nak belajar untuk bersabar. you know what, ini la kelebihan bila masuk bisness, perasaan bersabar and usaha lebih tu timbul kat diri aku. Nice job raihana :D




Aku akan sentiasa stay postive and work hard. Please support me! Hiarrkkk :p

Sekian, 
Bisnesswoman :D

THANKS FOR STOPPING BY! :)

Friday, May 29, 2015

EXO NEXT DOOR REVIEW

Assalamualaikum semua.


So semalam baru saja habis cerita EXO NEXT DOOR . Yes, peminat EXO sila baca review ni. Actually aku ni bukan peminat setia EXO , aku cuma tau lagu GROWL je. Yang lain ? Kelaut je semua. Tapi, aku kerja Part time kat station bus and to be honest, memang bosan duduk tunggu orang beli tiket! Errr.. Then, aku selalu usha anak boss aku,selalu sangat buka cerita EXO NEXT DOOR. Adik perempuan aku dengan sepupu aku memang ada tengok cerita ni , tapi tak menarik minat aku sangat masa tu. All of sudden , aku jadi peminat setia D.O dengan Chanyeol . Omaigosh!

Sweet sangat them olls. Scene cerita tu memang sopan , tiada unsur lucah or se*ks  and anything yang boleh merosakkan pemikiran kanak-kanak zaman sekarang. Just a simple loving story. Pandai ye penulis skript!!!! And pandai syarikat S.M promote Exorians ni , Walaupun tak semua yang berlakon. Hewhew~




Cerita ni for some reason mengubah pandangan aku kepada D,O . Somehow he looks adorable, reliable, caring and sweet. Setiap kali dia senyum , i was like  '' Homaigash, abang D.O senyum kat aku la, maluuu '' Okay nampak macam pompuan prevert je  . Please abaikan :D


Satu lagi yang menarik minat aku ialah the main character, INCHEON GAL . Nama pelakon sebenar ialah MOON GA YOUNG . Dia comel sangat and sesuai untuk Chanyeol. Paling terkejut dia sama umur dengan aku!!!!!! What ??!! Kalau nak dibandingkan dengan aku, need lot of improve really :(

And even more surprise , dia ada berlakon cerita heartstring yang Park Shin Hye and Yonghwa berlakon tu, Ciss, dia nampak muda kat dalam cerita ni, patut la aku tak perasan langsung.

For the conclusion, cerita ni sangat best and funny. Mulai sekarang i am officially in love with this girl , as well as EXO . 

Will be missing you INCHEON GAL T.T



Mesti la tak lupa nak mention hubungan antara Sehun dengan adik Incheon Gal. Nampak Gay, yes! Tapi dorang la paling banyak buat scene lawak, lagi-lagi ending last sekali, bayangkan aku ketawa berdekak dekak sensorang kat dalam bilik, mesti jiran aku fikir we olls ni ada bela saka. >.<



serious dorang dua ni memang sesuai berlakon sama-sama. Hehee, i know , i know ,.. mesti rindu kan?

Cerita ni kan , it's telling something! Kita semua tahu yang Kris and Luhan keluar daripada group.. And cerita ni macam related to this, i don't know how explain, Just feel like that.




Haaaaa,,, tu je yang aku nak cakap.. papehal tengok je okay cerita ni .Untuk sesiapa yang nak tengok Semua Episod EXO NEXT DOOR boleh tengok kat Youtube. :D

See you , till we meet again .

THANKS FOR STOPPING BY! :)

RINDU NENEK :"(

Assalamualaikum


Puasa nak dekat , and seterusnya raya is coming soon. Bila cakap pasal raya , mood raya tu memang dah lama hilang., since my grandmother all sudden got strock. Dalam banyak -banyak sedara mara, she is the the person i love the most. Caring, happpy , always smile, kadang-kadang anoyyed, but itsokay :D And yang paling penting sekali, she love us all. Setiap kali we olls sekeluarga datang singgah, dia mesti hidangkan air, masak untuk we olls, haihh, really miss that moment :'(

Bila fikir balik kenapa la aku dulu tak menghargai setiap detik aku dengan dia. Regret . But aku selalu nak tebus kesalahan aku tu dengan sentiasa doakan untuk dia, visit her always , and aku lega sikit bila makcik aku ambil bibik untuk jaga nenek, bibik tu selalu ajak berbual ( walaupun nenek tak paham apa-apa ) HAHA...

Sejak kebelakangan ini, nenek memang selalu panggil nama aku sampai nama lain dia tak sebut pun. Bayangkan perasaan makcik yang jaga dia setiap hari, sedih oo mak sendiri tak kenal anak dia, tapi nama cucu yang disebut, oh well.. Sorry makcik ku ~

I REALLY MISS HER.


Gambar tahun lepas masa jaga nenek kat hospital. Yes , i am the first person yang jaga dia masa kat hospital. Please abaikan muka yang minta smackdown tu ye. Masa ni nenek tengah tidur so why not aku pun acah-acah tidur juga kan? Why not :p

Nenek aku senang cerita tengah mengalami kelumpuhan badan sementara, *bukan fakta sains sebenar  ye, ayat ini direka semata-mata. * The whole body susah nak gerak, nama pun strock, tangan kanan je yang boleh gerak, itu pun kena ikat tangan dia kat tepi katil. Why? Nampak kejam kan? " Biar jela dia bergerak dengan bebas!" "  Jangan layan dia macam binatang " Haa, ada kat orang terfikir ayat tu? Takde? takde? Syok sendiri je aku ni :p

We have to tie her hand. Nenek aku tak boleh makan pakai mulut , so the only way to feed her by using a tuib through her nose. Hari-hari makan minum air susu je , so kalau muntah pun muntah susu . Err,, lets not talk about this okay. Function kena ikat tangan dia sebab tangan nenek ni memang licah abihh, sebab tu la dia mampu jaga 11anak! Waktu sakit pun suka sangat tangan tu meliar cabut tiub kt hidung dia tu  , Then bila dah cabut tu dia akan senyum dengan lebar selebarnya. Amboi pandai ye nekk~

Yela, tak boleh salahkan nenek juga sebab kita pun akan buat benda yang sama, bayangkan benda kecil termasuk dalam hidung pun kita cam apa ntah, inikan sumbat tiub ke hidung. Taknak kena macam tu. its suck T.T

Well, tujuan aku tulis entry berkenaan dengan nenek ialah aku nak minta uolls please tolong doakan kesihatan nenek aku, sebab aku nampak dia semakin lama semakin teruk. Is really painfull to see that. Wish she all the best, okay ?

Sekian, 

cucu yang rindukan neneknya,
RAIHANA RAMLAN


THANKS FOR STOPPING BY! :)

Wednesday, May 27, 2015

Order Casing Phone Design Sendiri

Assalamualaikum semua , 


Aku nak inform kat uolls yang aku  ada jual casing phone yang sangat murah . The best things is uolls yang pilih sendiri design phone casing yang uolls nak . The design is up to you , any picture that you love , or any cute selfie that you like , you know what , just give it to me and i will do the casing for you. So all the picture of the casing phone is basically  the examples that our customer had ordered . Jangan risau ,aku bukan scammer or penipu yang cuba ambil duit orang , just selling to get good money . Maksudnya duit halal okay? Hehe..





So bila cakap pasal beli online semua mesti nak tau harganya berapa or berapa lama nak siap casing ni or ada tak phone jenis uolls punya?? Okay guys , i am here to tell you everything. Cakap pasal harga , this is the list of the price.

So as you can see , dia ada dua jenis casing iaitu HARDCASE and SOFTCASE . Harga lain kerana Hardcase diperbuat daripada plastic and Softcase ialah casing jenis getah .Jangan risau , uolls boleh whatsapp 0177004729 / wechat raihanaramlan kalau nak tau lebih detail.

As for the order , design boleh edit and i laa orang yang tukang edit gambar tu. Hehe ,  Tapi edit tak segempak mana , kalau boleh gempak dah lama aku buat header aku sendiri. 

Maksud edit tu ialah boleh letak your own name kat casing uolls. Haa, tak ada la orang nak rembat hangpa punya casing kan? :D

Ni nak bagi warning ye , Casing ni pre-order , and kalau cakap pasal pre-order memang take long time. Biasanya dalam masa 3 minggu dah boleh dapat casing tu , Sabar tu separuh daripada iman kan?  Taknak la uolls mengamuk sebab casing lambat sampai , aku dah cakap awal-awal okay :p

Btw, aku ada 2 instashop yang baru je buat and hopefully dapat support daripada uolls.


Mintak support daripada uolls k :')


So , nak tunjuk sedikit contoh casing phone daripada customer kami :D
To order, kindly whatsapp 0177004729 / wechat raihanaramlan











                 
 








THANKS FOR STOPPING BY! :)