Ƭнɛ αиα'ƨ σғғιcιαℓ βℓσɢ. Ƭнɛ αиα'ƨ σғғιcιαℓ βℓσɢ.: NAK LUAHKAN SEMUA JAP

Friday, December 04, 2015

NAK LUAHKAN SEMUA JAP

Assalamualaikum semua,

Dah seminggu aku start kelas and mood belajar tu dah mula datang sikit demi sikit. Sikit jela, tak banyak pun. Hehehe..... Mohon sape-sape je tolong simbahkan air kat aku, bagi kasik sedarr sikit aku ni dah masuk semestar 4 and its time to get serious merious! >.<


Bila cakap pasal semester 4 ni, orang mesti terkejut kenapa tak pergi Latihan Industri ( LI ) , well, course seni bina dah tukar LI daripada sem 4 kepada sem 6 . Yela, bila kita nak hantar budak pi LI, takkan nak hantar budak yang tk cukup ilmu lagi at least biar hantar yang banyak sikit pengetahuan, nanti bila orang tanya itu ini boleh je jawab. Sebab tu LI kami pada sem 6 :D

Okay, cerita pasal rumah sewa pulak ,Balik haritu, nampak muka-muka baru kat rumah sewa ni. Suka? No way, dah seminggu kat sini and aku tak bertegur pun dengan dorang. Sejak ada kenangan "manis" dengan salah satu ex housemate aku sem lepas, aku jadi tak bertegur dengan mereka semua ni. kenapa? Cari pasal dengan sorang je, terus macam cari pasal dengan satu rumah. Dehel! Susah cari pasal dengan orang yang banyak geng ni. Weekk! Bukan sombong, taknak rasa terluka lagi. sobss, hati aku ni dah la selembut tisu. Eceh!

Btw, aku nak share sikit la gambar-gambar cousin aku kawin haritu. Ni dah dua kali dapat merasa pergi cousin sendiri kawin. Yang first tu masa kecik-kecik yang tak reti kesat hingus lagi. Sekarang dah besar, gi sendiri je. Dah besorr kan?




Ni semua sedara belah ayah aku. Famili aku semuanya tak dapat datang kenduri belah perempuan ni, sebab adik lelaki aku ada exam SPM and ayah aku kena jaga budak-budak SPM. For your information, masa ni aku nak balik Poli dah , so alang-alang baik gi sekejap kenduri ni kan? Kenduri belah pompuan buat kat Ampang . Stress jugak ah kalau duduk Ampang, dengan jalan yang Jem tu and barang-barang mahal cekik darah, sanggup aku duduk kat Johor tu. Budak ampang, any comment?


So, that is all. I wonder ada ke tak yang baca entry aku ni. Hahah, in fact, blog aku ni memang tak menarik mana pun. Pada sesiapa yang baca sampai ayat yang terakhir ni, cer comment sikit yang bawah tu :p

See ya,bebeh.

Yang tengah menaip,
Raihana Ramlan










THANKS FOR STOPPING BY! :)

2 COMMENTS:

  1. Akak bukan orang ampang tapi buat masa ini tinggal di kawasan ampang..hihi..jammed tu pasti jadang rasa tak puas hati tapi cuba tenangkan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabahkan diri :'(
      Serious memang stress. Nasib baik bukan orang Ampang >.<

      Delete

Assalamualaikum. Don't forget to leave some comment here :D